Kengkawan ( المرافقون )

Ahad, 25 Julai 2010

Barang Naik, Hujan jer Turun....



Salam buat semua kengkawan dan kenalan serta pengunjung blog hamba. Kini era globalisasi yang kian mencengkam kehidupan. Kini kita tahu bahawa negara dilanda kemelesetan ekonomi yang runcing. Kenaikan harga barang tidak dimomokkan diakhbar, tetapi permainan bahasa pihak akhbar cuba mengabui mata kita dengan rangkaikata "Pelarasan Harga Barang".

Jika dilihat dari sudut yang biasa perkataan pelarasan harga ini bukan menampakkan kenaikan harga. Namun hakikatnya harga barang terus-terusan naik. Kenaikan barangan yang paling sinonim dengan kehidupan kita seperti gula, susu dan minyak petrol cukup membebankan rakyat.

Persoalannya, kenapa dan mengapa harga barang ini naik ketika umat ISLAM sudah hampir dengan bulan RAMADAN dan bulan Syawal. Pada saat inilah kita memerlukan barangan tersebut untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Ini cukup menyedihkan kita bahawa pihak berwajib semacam tidak peka sebaliknya PEKAK dengan suasana semasa.

Kita sebagai penguna sering kali ditipu dalam apa jua keadaan. Persatuan pengguna misalnya hanya mampu berkokok dalam TV tetapi tidak memberikan keberuntungan kepada pengguna amnya. Pihak berwajib lagi pula lain halnya. Kalau kita dengar pihak kementerian hal ehwal pengguna acap kalau membuat propaganda bodoh yang cukup memualkan.

Kalau gula naik kita perlu kurangkan makan gula. Adakah alasan sumbang macam ini boleh kita terima. Sedangkan penggunaan gula cukup penting kepada kita. Satu lagi alasan kenaikan harga gula kerana gula diseludup ke negara jiran. Mengapa semasa harga naik sahaja alasan ini diungkapkan. Adakah dimasa lain tidak berlaku penyeludupan barangan tersebut.

Perbandingan yang dibuat oleh pihak berwajib juga menunjukkan bahawa mereka yang berada di atas tidak mahu bertanggung jawab dengan kesalahan mereka. Mengapa kita perlu membandingkan harga petrol dengan Singapura atau Thailand, sedangkan negara ini bukan negara pengeluar minyak. Kadar harga bagi negara tersebut perlu dibandingkan dengan pendapatan bulanan rakyat negara tersebut. Singapura berapa ribu sebulan pendapatan mereka berbanding dengan rakyat Malaysia.

Sebagai kesimpulannya, pihak-pihak ini perlu bertanggung jawab di atas kenaikan harga barang. Jangan mencari alasan mudah dan bodoh untuk mempertahankan kedudukan mereka. Jika tidak mampu menangani masalah itu, seeloknya berundur dari memegang jawatan tersebut. Buatlah sesuatu yang baik, walaupun cukup pahit untuk ditelan.

21 ulasan:

NAZ berkata...

setuju :)
tapi kekadang kita kena terima turun naik sesuatu sebab bila murah kita jarang memuji. tapi mengundi hahaha

Rohani Hashim berkata...

paklong, sy kesian sgt pada mereka yg berniaga tuh, tahu kan kalau kt kampong golongan kurang mampu la yg duk berniaga, nak dapatkn pendapatan bulanan nih, pastu dinaikkan pulak...

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah...

jom baca...

Halal ke tidak???

ISZA berkata...

salam paklong,
lama tak ke udara..
tak tahu nak ulas apa paklong.. tak terkata apa dah..
suara kita.. mampukah menombosi tembok tebal?
yang heran tu.. elok jer harga gula naik..
ada jer berlambak2..

joeamir70 berkata...

nasib lah paklong, nak buat mcm mana dah depa suka undi parti BN(Barang Naik), padan muka rakyat Malaysia, depa takpa la ada PERMATA yg bernilai, komisen kapal selam makan 7keturunan tak habih, duit takdak kalu, bank CIMB adik beradik depa punya; TAPI KITA.....APA CERITA?

pak long berkata...

salam..
undi jangan tak undi....caya la..hehehehe

pak long berkata...

salam hanyi..
betul apa yg dinyatakan tu..

Aida Ali berkata...

Itulah kehidupan, kadang-kadang kita terpaksa telan semuanya

nosembilanbelas berkata...

yang pastinya..harga ayam akan naik melambung lagi2 nak raya..tapi raya cina..humanghai..murah gila rega ayam..

missgee berkata...

Pak Long..
Bagi mereka yang di atas dan kaya..
Kenaikkan itu tidak makna apa2..
Yang tertindas kita yang sederhana
apa lagi yang susah..hurmmm

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Long,

Dah penat dengan alasan "Jaga Kesihatan, jangan ambik gula berlebihan nanti dapat berbagai penyakit".

Dah nak naik harga tu, naik jerlah jangan cari salah pengguna gula naik.

CITY® berkata...

salam,

bagi saya pemimpin2 ni sibuk berpolitik sahaja, demi kuasa dan wang bukan demi rakyat, agama juga negara.
kesian rakyat2 bawahan macam kita. saya bersimpati dgn golongan sederhana dan rendah. kehidupan semakin sempit dengan keadaan sosial dan akhlak yg semakin teruk dan buruk.
salah siapa?

dalam hati pasti ada jawaban kan?

semoga paklong sihat dan sentiasa dirahmati allah swt selalu. amin

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

arge gula skng dah 1.90


stahun akan datang, gula rm2.90. kekeke.

mamtiikk.

hanyzan30 berkata...

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan juga akhirat..
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...
ALLAHUAKBAR 3x

Tanpa Nama berkata...

bila fikirkan kos hidup di malaysia, rasa nak terus duk kat sini jer...
barangan harian amat2 murah kat sini walhal gaji diorg sama jer ngan kita... 2,3 ribu juga

cik helena berkata...

saya setuju endapat naz.

paklong,..saya come back!heehehe ama betul menyepi :)

mamawana berkata...

Salam Pak Sifu

Brg naik, hujan turun, darah naik, budget kena turun maaa....

supernunu berkata...

sy pun terasa gk//harga gula naik jgn mkn gula.hrga beras naik, jgn mkn nasi....

CITY® berkata...

salam,

selamat menyambut ramadhan al mubarak. semoga amal ibadah kita diterima Allah swt. amin
maafkan salah silap saya...

Blogger berkata...

salam Pak Long,lama tak keudara...sebut pasal barang naik ni loya la saya....janji tak naik dah..tapi alih-alih naik jo.. apo nok nok di kato...

Tanpa Nama berkata...

Nice fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you seeking your information.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...