Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 29 Mac 2011

Tak Buat Kena SAMAN

Cantik kan grafik kulit buku persediaan mengajar tahun ni.

_______________________________________________
SELASA : 29. 3.2011

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Kelas : 3 Mawar
Masa : 745 - 8.45 pagi

akiviti seperti gambar di atas.
ajar teknik lompat tinggi.
letak palang paling bawah. nama pun nak belajar kan.
Alatan : peralatan lompat tinggi.

________________________________________________
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 4 Melor
Masa : 12.05 - 1.05 t/hari
Tajuk : Rumah Pusaka
Kemahiran : Membina ayat selapis berpandukan gambar.

Aktiviti : bina ayat mengikut gambar yg diberi.
nampak bersungguh jer buat ayat. memang bagus.
Alatan : kad gambar

_____________________________________________

Yang sebenarnya persediaan mengajar tu ditulis macam kat bawah ni jer. aku saja jer buat macam kat atas tu. mana tau Kementerian Pendidikan Malaysia buat contoh persediaan macam kat atas tu. sempoi jugak kan..siap ada bukti melalui gambar.
_________________________________________________

Aku hadiahkan pic senyuman spesel buat pengunjung blog aku.


___________________________________________________

kata pak long : senyuman adalah satu sedekah



Ahad, 27 Mac 2011

CONTEST Hadiah Misteri Paklong

Salam semua....buat pertama kali aku nak mengadakan contest dalam blog aku. ada hadiah misteri yang aku nak bagi. moga ia mendapat sambutan...


Syarat-syarat contest :-

1.terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog

2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni

3.buat entry pasal contest ni dengan menjawab soalan mudah :

i- Apakah Slogan Bandar Taiping ?

ii- Dan lengkapkan pantun berikut :

Anak itik didalam timba,

Anak ayam diatas meja,

……………………………………

……………………………………

4. tarikh tutup penyertaan : 7 April 2011

****Empat pemenang bakal memenangi hadiah misteri yg disediakan.


kata pak long : jom sertai contest sulung pak long.

Sabtu, 26 Mac 2011

Kenangan Mengusik Jiwer

selalu kita tengok moto mat rempit buat villy. belom kira dasat lagi tu. kali ni tengok catpiler villy. baru nama ganaz. yang sebenarnya dulu aku memang bercita-cita nak drebar menatang ni. masa tunggu putusan spm aku pernah kerja jadi pembantu pam gris. pernah jugak la aku cuba bawak. tu pun masa kawan aku rehat. saspen jugak bawak menda ni. video ni aku sedut dalam utube. aku ada beli main jenis ni. sejak ada anak kecik abis hancus mainan tu. apapun aku memang minat gilers dengan jentolak.


video
vedio catpiler villy.


kata pak long : aku memang minat nak drebar menatang ni.

Jumaat, 25 Mac 2011

Orang Atas Semua BETUL.



Surat dan kertas ujian diterima pada 7/3/2011. Buat ujian untuk murid bermasalah dalam Bahasa Melayu. Bagi satu salinan dan cikgu kena buat salinan lain untuk ujian. Perlu dihantar keputusan yang telah dianalisa pada 10/3/2011.

Nampak tak kerja kelam-kabut...

Ni la yang selalu terjadi pada insan bawahan. Kalau tak buat kena buat surat tunjuk sebab. Tapi dalam keadaan tersepit terpaksa melakukan “kerja gila” macam ni. Kerap sangat benda ini terjadi tetapi tiada siapa yang berani membantah. Main telan semua yang diterima. Semua ini kerana “saya yg menurut perintah”.


Jawapan sopan:-

1. Taka pa, saya akan selesaikan dengan segera.


Jawapan dalam hati.

2. kenapa la kerja ni aku yg kena buat.


Jawapan meluat.

3. Ingat kita ni jentera, nak buat keja kalut macam tu.


Jawapan brutal.

4. Hang nak cepat buat sendiri.


kata pak long : katakan TIDAK pada kerja KELAM-KABUT...

Khamis, 24 Mac 2011

Apa Yang PELIK


MALAYSIA : Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


"Bancian pada tahun 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,287 orang. Dari jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal sahaja melibatkan 3,693 orang atau 58.7%. Sementara itu bagi tahun ini sehingga September 2007 jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal sahaja ialah 2,476 atau 53.3%."

sumber : klik sini


Rasanya penunggang motosikal masih kerap menjadi penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya. Maka undang-undang memasang lampu disiang hari rasa menjadi antara undang-undang pelik dan tidak berapa releven.

kata pak long : kejap je mentol tebakor.

Selasa, 22 Mac 2011

Kalau Dah Nak Jadi Rejeki

keratan akhbar sebagai bukti untuk tatapan PK KO-KO aku.

Selasa 22 Mac

Perlawanan sepak takraw kelompok 6 daerah Kerian telah mengadakan pertandingan inter-regu.

kalian sudah membahagiakan aku.....


perlawanan akhir antara regu A lawan regu B team aku.

Aku lah orang yang paling gembira diatas kejayaan anak buah aku telah menjadi juara. Memang rasa berbaloi dengan segala rintangan dan pengorbanan yang aku dan anak buah aku lalui. Syukur alhamdullilah.


kata pak long : Padamu Ya ALLAH aku bersyukur.

Isnin, 21 Mac 2011

Nasib Malang Bertimpa-timpa.

Nampaknya bukan spekulasi tapi reliti. Harga barang keperluan yang naik tidak akan kembali kepada harga lama. Bukan nak mengata tapi ini berita. Bagi yang merasa cukup derita.









ini lagi satu masalah yang membelenggu pengguna.

video


kata pak long : barang keperluan yg naik harga pasti terus naik.

Ahad, 20 Mac 2011

APC Jangan Pijak Kawan.


Ni la pemain Kelab Takraw aku.

Jumaat sebelum cuti sekolah hari tu hati aku terasa panas dan rasa terhina. Apa tidaknya, bebudak takraw aku didenda dan dimarahi dihadapan aku. Memang la aku time tu buat keja set borang tuk perlawanan minggu lepas cuti. Cikgu Otai ni memang berbulu dengan aku dah lama, ada saja menda yang tak kena kalau aku yang buat. Kalau dia buat apapun semua baik jer. Dok bela binatang dan tanam bunga ajak bebudak waktu P&P dia pun ok jer. Tapi aku tak kisah la apa yg dia nak buat. Syarat jangan kacau kerja aku. Aku tahu dia ni target nak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ). Dia ni sebenarnya dah dapat anugerah menegak dah. Tapi jenis tak cukup dgn apa yg ada, masih nak jugak APC. Ambik la APC tu aku tak kisah, asal jangan pijak kepala kengkawan. Gaji dia ni dah rapat kedinding dah, masih tak cukup. Buat bisnes macam-macam. Meniaga anak ikan jual kebudak sekolah, kebun sawit tah berapa ekar, buat kerusi batu, dan tah apa bisnes semua dibuat. Masih tak cukup. Jenis hati busuk ni susah nak buat kawan.

Tapi aku tak nak la bermusuh. Aku masih cool dan buat tak der menda dengan hal tu. Betul kata GB aku..”nak cari kawan susah, nak cari musuh senang”. Lagi pun dalam islam kalau kita bersalah dengan orang kena mintak maap dekat org tu. Kalau tidak tanggung dosa memanjang. Nak pi mekah pun jadi tak der barakahnya. Jadi cara terbaik biar lah aku pegang slogan seperti kat bawah ni…..



kata pak long : Bab pijak kawan ni mana tempat keja pun ada.

Sabtu, 19 Mac 2011

Berpesan Dengan Kebaikan

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:

membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:

jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:

jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:

jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:

amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

video

kata pak long : Ya ALLAH , ampunkan segala dosaku dan tetapkan imanku.

Khamis, 17 Mac 2011

Awas Dengan WEB Berikut...

Kes boleh memesongkan aqidah...

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu yang beriman !!!

Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. www.answering-islam.org

2. www.aboutislam.com

3. www.thequran.com

4. www.allahassurance.com

sumber : klik sini


zikir harian.


pesan pak long : mari kita amalkan zikir harian di atas ni.

Rabu, 16 Mac 2011

Ala Emak Aku Dah Kawin....

Hari ni Rabu 16.3.2011.

Anak murid aku jemput ke majlis perkahwinannya. Aku pi la meriahkan majlis tu. Lagi pun kampungnya dengan kampong ku tak jauh. Kebetulan aku tiba pengantin dah sampai. Dia ni kawin org satu kampong. Memang meriah la aku tengok. Disebabkan umah jarak yg dekat, mereka diarak dengan motobasikal. Jadi aku abdikan motobasikal tu kat blog kesayangan aku ni.Jeles gak aku dulu kawin tak der buat cam ni…


pesan pak long: Dah kawin kena pandai jaga hati semua.

Isnin, 14 Mac 2011

Duit Makin Kecik

Salam sejahtera buat semua….

Cuti sekolah datang lagi. Walaupun dalam tempoh seminggu, majlis perkahwinan kembali meriah. Dan masa macam ni la yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Masa cuti banyak benda yang akan dilakukan.



video
vedio wajib tonton.

Kerja kawin memerlukan perbelanjaan. Nak makan angin bersama keluarga menggunakan perbelanjaan. Apatah lagi balik kampung yang memerlukan pengorbanan kewangan yang banyak.Tapi mengapa perkara macam kata makcik kat vedio tu boleh terjadi……????


kata pak long : sentiasa mencari keberkatan dalam mencari rejeki.

Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami Melanda Lagi

Musibah yang melanda negara Jepun memberikan sejuta pengajaran buat diri ini. Nagara kita yang belum diuji dengan musibah yang besar perlu bersyukur dan perlu meningkatkan amalan.


Maknanya :

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.



kata pak long : Dah banyak tanda-tanda dunia akhir zaman.

Jumaat, 11 Mac 2011

Putihmerahbiru 1st Giveaway

Hola semua.....lama tak joint kontest. Sebenarnya aku diTAG oleh IZA, mekasih banyak buat IZA kerana sudi TAG.

Ok nengok logo kat atas tu....itu lah kontest yang mengajukan soalan :

4) Antara putih,merah dan biru. Mana pilihan kamu?

jadi aku dengan berbesar hati menjawab seperti kat bawah ni...

maka aku nak bagi dalil mengapa aku pilih kaler merah...


1- Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.

2- Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.

3- Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.

ni syarat wajib :

aku kena TAG 2 orang rakan blog..


1. Nor - http://norgadis.blogspot.com/


2. Kak Pah - http://auladjannah.blogspot.com



Jom kita gegarkan kontest anjuran :

cik syuhada asyiqin

p/s: Tarikh tutup penyertaan: 30 March 2011 / 11.50 pm

kata pak long : tuah ayam nampak dikaki...Tuah aku menang kontest.

Rabu, 9 Mac 2011

Bajek Lari Lagi

video

Rasanya bertambah lagi beban kewangan para ibu bapa. Yang tidak merasa boleh senyum tapi yang merasa akan terus rasa perit. Beban yang bertimpa-timpa.

kata pak long : tak rasa tak apa, kalau rasa akan menderita.

Selasa, 8 Mac 2011

Internet Kojol Lagi.


Tengok gambar kat atas tu....kabel kena curi lagi. Maka internet tak ada la kat umah aku. Tu sebab aku tak dapat BW kat blog kengkawan dan handai taulan. Dari hari Ahad sampai la entri ni ditulis masih tak dibaiki (Selasa : 8.3.2011). Macam duduk dalam gua rasanya. Terputus hubungan dengan dunia luar. Harap-harap teknisen TM cepat la perbaiki masalah ni. Dah call 100 TM dan menunggu jer macam "pungguk rindukan bulan".

Bagi mengisi masa yg terluang dan suasana boring internet kojol ni , aku buat la kad spesel ni untuk team sepak takraw aku. Minggu lepas cuti ni, aku akan memulakan pertarungan. harap berjaya la hendaknya.


kata pak long : Tak dak internet macam dok dalam gua.....

Sabtu, 5 Mac 2011

JANGAN pandang camera


aku nak masuk kontest anjuran dyanzjha sempena hari lahirnyer.
dengan ini aku pertaruhkan gambar ini sebagai mengadu nasib...
gambar ni diambil oleh kawan masa aku buat soklan lembaran kerja untuk kelas BM bebudak aku. mesin ni rasanya aku nak "offer" kat muzium tuk buat pameran.

TAG 3 rakan blog aku..




Tarikh Tutup : 29/4/2011(jumaat)

sesiapa yang ingin menyertai kontest ni boleh layari


kata pak long: naper kontest kena TAG kawan...????

Rabu, 2 Mac 2011

Siapakah ?

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA........

1. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


2. Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


3. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


4. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

6. Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

kata pak long: tetap berdoa moga diri ini serta muslimin-muslimat diberkati ALLAH.


Selasa, 1 Mac 2011

Vblog Bukan Goblog

Waaa....ada menda yang baru la bagi aku. Tu pun sebab jenjalan sakan malam tadi. Jumpa la satu yg baru. menda tu ialah " Vblog"

makin ramai yang bercakap tentang Vblog ni. Dari Vblog ni jugak timbul perbalahan pendapat antara para blogger. nampak macam sengit jugak perbalahan mengenai V blog ni.

Aku cuba la selusuri apa itu Vblog.yang aku dapat ialah tentang blogger bercakap mengenai sesuatu tajuk dan dirakam. macam la wartawan buat liputan. rasanya macam tu jer...

dan sebenarnya aku pun nak jugak tampilkan Vblog aku....tah betul ker tak ni Vblog...aku pun tak pasti. Tapi dari vedio ni ada la ceritanya yang nak disampaikan. tapi tokoh yg nampak tu anak murid aku. mana tau boleh jadi pembikin Vblog fofular masa depan.

terimalah Vblog aku...

video

kata pak long: sebenarnya ni asimen BM aku tahun lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...