Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 31 Januari 2011

ICT kat sekolah - tolong aku nak muntah


video

Pepagi setiap Isnin nyanyi lagu ni. Lagu sekolah bestari. Tapi habok pun tarak. Buat program sekolah bestari ICT. Cis nak muntah aku dengar ICT.Kat sekolah mana ada ICTnya. Hampa pi la tengok sekolah la ni mana ada belajar pakai ICT. Semua tu tinggal cerita dan lagu jer. Dapat LCD entah berapa kurun punya. Malap nak mampos. Aku mintak kat sekolah depa kata tak ada peruntukan. Hello pereka sekolah bestari, hampa ingat ICT tu macam buat cokkodok. Bagi LCD ngan computer mula saja, penyelangaraan tak buat. Kompeni yang bekal tu cuma bekal jer, dah kaya lepas tangan. Punya la celaka.



sarang burung walit.

Tengok menda kat atas tu. Bagi sarong LCD..LCD dia tak bagi. Memang kerja org kena sawan babi betul. Yang senang menyanyi . Buat apa menda mesti ada lagu. Realiti tak jadi yang jadi lagu. Sekolah bestari dah masok liang lahat. Lain kepala kat atas, lain programnya. Yang tahu jadikan sekolah medan kaut kekayaan. Pi mampos la dengan sekolah bestari.


Kata Pak Long : sekolah apapun, nawaitu kena betul.

Ahad, 30 Januari 2011

9 JENIS DAN PEKERJAAN ANAK -ANAK SYAITAN

1. ZALITUUN

Tinggal di pasar2/Pasaraya2 - Pekerjaan nya adalah menghasut supaya manusia membazir dgn brbelanja berlebihan/boros.

2. WATHIIN

Menghasut bersangka buruk kepada Allah - Memberi bisikan2 terutama kepada manusia yg ditimpa musibah dengan bisikan-bisikan bersangka buruk agar manusia berpaling kepada Allah.

3. A'AWAN

Mendampingi Raja/Pemerintah - Menghasut jangan mendekati rakyat dgn berseronok dgn kedudukan dan kekayaan.


4. HAFFAF

Tinggal di tempat-tempat maksiat yang ada minuman keras spt DISCO,BAR dan sebagainya -Kerjanya Mempastikan dan membisikan kpd manusia supaya terus menerus minum minuman keras supaya terus lalai mengingati Allah.

5. MURRAH

Tinggal ditempat2 yang menyediakan muzik-muzik keras,glamour dsb -kerjanya menghasut ,merosak dan melalaikan manusia terus leka dan tengelam dalam keseronokan.

6. MASUUD

Tinggal dibibir manusia-Kerjanya menyuruh manusia membuat fitnah,gosip,umpatan ect.

7. DAASIM
Tinggal di pintu rumah manusia - Kerjanya adalah memporak perandakan isi rumah,cerai berai,keganasan terjadi SEKIRANYA PENGHUNI RUMAH TERSEBUT MEMASUKI RUMAH TIDAK MEMBERI SALAM.

8. WALAHAAN

Mengiringi ketika manusia hendak melakukan amal ibadat -Kerjanya membisikan WAS-WAS terutamanya sewaktu berwuduk atau solat.

9. LAKHUUS

Sahabat baik orang MAJUSI iaitu penyembah api dan Matahari


kata pak long: Moga diberi perlindungan dari gangguan syaitan.

Sabtu, 29 Januari 2011

"Contest Jom Blogshop Sini".


Jenjalan dari blog ke blog maka aku jumpa dengan kontest ni. Aku baca dulu tajuk dan syarat. Semua boleh dilakukan tanpa membebankan minda.

Syarat 1 hingga 3 dah diselesaikan. Jadi aku nak jawab soalan no 4. Yang berbunyi..........

4. Kena jawab dua soalan. ikhlas taw jawab.huhu

· pendapat korang tentang blog ni.

· cadangan penambahbaikan.


Ok aku mulakan dengan bahagian 4.1 iaitu "Pendapat korang tentang blog ni".

Secara peribadi aku mengatakan bahawa blog ni menarik dan menepati piawaian asas blog yg aidil. Aku berikan dalil mengapa aku mengatakan demikian untuk menguatkan hujah.


1.

Tajuk Blog. Maksudnya blog ini ada tajuk blog yang simple dan boleh menarik minat pengunjung.


2.

Tetamu yang masuk disambut oleh Tuan rumah. Memang sesuai dan bertepatan kedudukannya di atas muka blog. Memang cun la.


3.

Warna latar blog sesuai dan cukup harmoni. Dengan warna kelabu memang cukup menarik ditambah dengan hiasan bunga-bungaannya. Cantik.

4.

Blog ini mempunyai bahagian Follower. Ini merupakan bahagian penting dalam blog. Jangan ambik mudah benda ni. Tanpa pengikut kita akan rasa macam syok sendiri.

5.
Terdapat kotak menjerit atau omputih kata "shoutbox". Ini merupakan bahagian penting dalam sesuatu blog. Ia berfungsi untuk memudahkan tetamu yg datang nak mencatatkan kedatangannya pada blog kita.

6.
Tempat komen. Tetamu yang membaca entri kita selalunya akan meninggalkan komen. Perletakan kotak komen yg mudah dan cara pengendalian komen ringkas dan mudah dikendalikan. Tidak menyusahkan tetamu. Bagus cara macam ni.



Nak jawab bahagian 4.2 iaitu "cadangan penambahbaikan"
Kini masuk fasa penambahbaikan untuk blog ini. Jadi aku akan bercakap berdasarkan pengalaman dan dalil yang aku jumpa dan alami. Oleh yang demikian, aku perturunkan dalil tentang perkara tersebut.


1.
Tajuk tu rasanya kena la edit sikit. Buat la latar yang berbeza supaya tetamu jelas akan tajuk blog ini. Tu ha, aku bagi cadangan kat atas tu. Tapi aku rasa tuan blog lagi arif bab ni. Untuk itu, solek la sikit dengan warna yang bersesuai pada tajuk. Insyaalah lebih menarik.

2.

Bab ini yang tuan blog kena ubah. Penggunaan warna tulisan agak kurang sesuai. Tiada keserasian antara warna latar dan warna tulisan. Jadi tetamu susah atau tak selesa nak membaca entri yang ditulis. Pilih la warna tulisan yang kontras dan sesuai supaya mata tetamu segar dan senang membaca entri kita.


3.
Bab ni yang selalu aku jumpa ketika berkunjung keblog. Terdapat objek timbul ( org pompuan ada tulis "wellcome my blog") diatas permukaan blog. INGAT benda ini memang menganggu pembacaan tetamu. Blog kita jadi macam sempit atau semak dengan benda timbul ini. Rasanya kalau dibuang benda timbul ini, blog kita masih menepati piawaan blog yang aidil.


5. Tag 3 orang mmbe blogger yang lain dan pastikan diorang tahu.

Ok aku tag 3 orang blogger ......mereka ialah...

aku suka dengan blog ni sebab kreatif.


Penulis yang berada diluar negara. Suka membaca pengalamannya di sana.


Seorang penulis sastera yang gigih dan memang rajin dalam penulisan.


Tarikh tutup: 28 Febuari 2011

Jom kita meriahkan kontest ini...

lawatilah blog

little lurve


    Guru Tak Semua Macam Tu....

    Gambar yang gempar.


    nak tengok petikan real ..pi kat sini


    Memang dasat cerita yang ditulis tentang guru. Ni kira perbuatan yang paling HANGIT la guru lakukan . Tak kan kisah kutip tepi jalan dan kisah sok-sik tepi longkang cuba di gempar sedemikian rupa. Aku rasa yang buat cerita ni mungkin oleh orang yang berkepentingan atau helah bela diri. Kalau kena rotan macam tu dah nak heboh. Kita tak tahu berapa kurang ajarnya murid yang kena rotan itu. Disebabkan pembelaan yang begini lah murid sekarang semakin kurang ajar dan berkelakuan biadap. Akibat tiada penggunaan rotan menyebabkan institusi sekolah semakin pudar kehebatan membentuk peribadi murid. Psikologi guna tapi rotan tetap kena guna sebab nak halau saitan yang ada dalam diri murid. Pendek kata, rotan mesti digunakan dalam pendidikan.

    Kata pak long: kalau bukan pakar jangan nak pandai buat cerita.

    Jumaat, 28 Januari 2011

    Serupa Tapi Tak Sama


    Bercerita bab kereta ni, aku nak tunjuk ada rim kereta yang serupa tapi tak sama. Cuba lihat tempat yang aku bulat dan anak panahkan tu. Terdapat perbezaan kan antara dua rim tersebut.

    Kebiasaan rim mempunyai 4 boldnat tapi kereta misteri ini ada 3 jer boldnat. Bukan diubah suai tetapi yang ori keluar dari kilang. Sedangkan semua rim mempunyai 4 boldnat. Macammana kalau nak tukar dengan rim lain dan apakah perasaan orang telah membeli kereta ni.


    Pesan pak long : beli apapun biaq la sama macam org ghamai pakai.

    Khamis, 27 Januari 2011

    "Special Giveaway from Moscow"


    GA yang paling best untuk disertai...

    "Special Giveaway from Moscow"


    Syarat-syaratnya

    1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member kan?)






    2. Anda dijemput menjadi followerhttp://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)



    3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:)

    .....Buka blog aku.nampak nor tulis dalam shoutbok, kata aku diTAG untuk kontest ni. Aku yang memang suka-suki masuk contest ni apa lagi bergegas nengok blog yang anjurkan GA tu. fuhh semangat nak joint kontest ni. maka lahirlah entri yang sedemikian. jom kita gegar-meriahkan kontest ni...


    4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.


    1.

    2.


    3.



    4.




    5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact.




    6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011.

    Rabu, 26 Januari 2011

    Pesen Baju Sekolah Terbaru

    Ruang tamu tidak berpaku,

    Air lemuju dirumah bapa

    Wajahmu jadi pujaan hatiku,

    Pesen baju jarang dijumpa.


    kata pak long : kau tetap hensem.

    Isnin, 24 Januari 2011

    Inilah Tempoh Kehidupan Kita..















    Bayi yang baru lahir dalam Islam akan di azan dan diiqamahkan. Kemudian apabila kita mati akan disembahyangkan.


    Secara simboliknya dari perkara diatas dapat diumpamakan bahawa jangka hayat kita cukup singkat. Ianya Bermula dengan Azan kemudian iqamah dan sembahyang. Kita bayangkan bermula azan dan selesai sembahyang. Berapa lama masa yang diambil untuk tujuan tersebut. Itulah lama masa hidup kita didunia ini. Moga ia memberikan iktibar buat diri ini.

    video


    pesan pak long : Moga ia memberikan iktibar buat diri ini.

    Khamis, 20 Januari 2011

    Keliling Kita Memang Banyak DAJJAL.














    1- Islam hanya meredhai wang emas dan perak -

    sistem dajjal- (Wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia)
















    2- Wang kertas akan digantikan beransur-ansur dengan wang elektronik -

    sistem dajjal- ( penggunaan kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold )
















    3- Berita-berita disampaikan dan dikuasai oleh mereka yang bukan ahli -

    sistem dajjal -(CNN, ABC, BBC )










    4- Ekonomi dunia dikuasai agen-agen dajjal melalui YAHUDI.

    sistem dajjal - (VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)


    sumber : kat sini


    kata pak long : moga penemuan sumber ini, akan memberikan keinsafan buat diri ini.

    Memang Berbakat Abang ni........

    video

    Aku jumpa vedio kat dinding pisbuk aku. Ia dikirimkan oleh sahabat kepada sahabat kepada sahabat aku. Mula aku lihat biasa jer. Tapi lama-lama lihat ia cukup menghiburkan. Dengan bakat yang dianugerahkan Ilahi ia mampu bermain gitar dan cukup menghiburkan.


    Pesan pak long : Hargailah bakat yang dianugerah pada kita.

    Rabu, 19 Januari 2011

    CONTEST AKU, DIA & KAMOO! by unguisme

    Yo-yo tebabo….aku nak joint CONTEST AKU, DIA & KAMOO! by unguisme. Mana tau kalau ada rejeki.


    Syarat menjadi pengikut telah disempurnakan. Bukti telah dilampirkan seperti di atas.



    Ni lah gambar yang menjadi pertaruhan untuk contest ini.



    Keterangan tentang gambar:

    Lokasi : Batu Pahat, Johor.

    Pengambaran ini dilakukan pada bulan Disember 2010.


    Seorang ayah / suami yang baik hati.Ala-ala misali la tu. Seorang guru yang mengajar di kampong tempat kelahirannya. Hobi suka melancong. Sebab tu la tempat ini yang dijadikan lokasi utama. Best beb mandi kat situ.


    Seorang ibu / isteri yang cukup romantik. Perwatakan menarik (cun la tu) dan seorang penjawat awam. Juga mempunyai hobi Jalan-Jalan Makan Angin. Seorang yang suka memasak masakan ala-ala kampung.


    Seorang anak berperwatakan ceria dan happy memanjang. Berumur 14 tahun dan juga suka tempat yang ada mandi-manda. Hobi dah tentu makan sis. Tengok body la....


    Aku nak tag :


    Jom kita meriah dan gegarkan kontest ini...

    TARIKH TUTUP : 27 feb 2011




    Facebook Punya Penangan.

    Laman sosial paling top sekarang ni memang jatuh pada facebook. Ni la cerita bahawa facebook jadi kegilaan semua.



    pesan pak long : Minat pun biar berpada-pada. Jangan sampai lupa diri.

    Bubu Dawai.

    Musim kering air di benang. Ikan darat dah mula banyak. Macam cara orang carik ikan darat. Ada yang pakai jala, pukat, bubu dan yg sesuai dengannya.

    Aku suruh abg sebelah umah buat bubu dawai. Ada jugak orang panggil "tempirai". Memang sempoi pasang bubu ni. Carik tempat yang sesuai, letak jer bubu tu. Pasang pagi petang nanti angkat. Jangan biar sampai malam, nanti ada pulak orang yang tolong angkat….paham jer la kan.

    Ahad, 16 Januari 2011

    "contest cintai alam sekitar".





    Syarat-syarat penyertaan:

    • Umur dari 12 tahun hingga 100 tahun.
    Ni ha buktinya :


    • Rakyat Malaysia.
    Bukan warga Nepal....Malaysia Ori ma.

    • Tajuk "contest cintai alam sekitar".
    Sudah ditulis kat atas sebagai Tajuk berita...

    • Buat satu entri dengan menyenaraikan langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar.(jangan buat karangan)

    1.

    2.

    3.


    • Letakkan gambar contest ini di sidebar blog anda.
    Dah letak dah der.....

    • Sertakan gambar anda dengan latarbelakang alam sekitar yang cantik.(edit atau original)
    Gambor ori ni der....dengan mem hamba..

    • Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.
    Itu sudah semestinya....


    Kepada sesiapa yang nak masuk contest ni...layarilah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...