Kengkawan ( المرافقون )

Khamis, 31 Disember 2009

Ucapan Khas

Kad Ucapan Khas dari Penerbit...



Pada kesempatan ini...aku nak ucapkan selamat tahun baru 2010...buat semua kengkawan blog, pengunjung blog, dan sesiapa sahaja....tanpa kalian siapalah aku...

Makan Peria Dalam Perahu,
Moga Ceria Ditahun Baru,


Surung papan tarik papan,buah keranji dalam perahu,
selamat tinggal 2009, 2010 sudah bertemu,


Ikhlas dari :-

Belajar Kendali Adobe Photoshop

Cabaran Adobe photoshop Dah Bermula....



Salam semua....tengok aku punya gambor promosi....gempak kan...kali ni aku nak kasi gegar sikit aku punya bahan tentang adobe...edisi kali ni aku nak citer lagi tentang kegunaan simbol dalam adobe....nak menuntut (KLIK SINI)

Ikhlas dari :-

Rabu, 30 Disember 2009

Belajar Kendali Adobe Photoshop

Kegunaan simbol dalam Adobe



Keluaran kali ni aku nak citer tentang kegunaan simbol yang terdapat dalam program adobe....sebab kehebatan adobe ini hanya pada simbol yang terdapat dan tahu cara mengendalikannya...nak ilmu tu masuk kat sini...selamat mencuba...cuba jangan tak cuba...bukan nak meletop beb...
keluaran akan datang lagi mencabar beb.....tungguuuuuuuuu

Ikhlas dari :-

Selasa, 29 Disember 2009

Belajar kendali ADOBE PHOTOSHOP

Panduan Adobe Photoshop



Kali ni aku nak kongsi ngan kengkawan tentang ilmu adobe photoshop....ni tip mudah macam mana nak edit gambar mengikut kesukaan kita...untuk mengetahui ilmu tu (klik sini )....aku harap dapat la kita kongsi ilmu...
siri-siri mencabar akan menyusul dilain siaran..tungguuuuuu

Ikhlas dari :-

Ilusi Seni - فن الوهم -

Ilusi Seni



Salam bahagia...
buat rakan blog,sahabat handai yang menjengah blog,dan sesiapa saja yang singgah kat blog aku ni...Kali ni aku update satu nukilan seni aku..
aku nak mintak korang yang masuk kat blog aku ni...bagi la komen ka, pendapat ka..tak kira la pro dan kontra...janji bagi pendapat....bukan nak kena bayaq...
buat satu pesepsi tentang nukilan aku ni..

Ikhlas dari :-

Sabtu, 26 Disember 2009

Lagu Ketipang Payung. ( الأغاني Ketipang Payung )

Lagu Ketipang payung

video

ni time latihan koir sekolah aku....aku tabik la dekat cikgu muzik ni...nengok dia main piano..memang dasat bro....fuhhh bukan mudah nak latih bagi jadi suara harmoni cam gini...sebab tu aku rakam...nak jadikan kenangan lam koleksi video aku...apapun kita dengar lagu ni....

Ikhlas dari :-

Jumaat, 25 Disember 2009

Koleksi kad ucapan aku. ( 收藏我的賀卡 )

Koleksi Kad Ucapan
















semua kad ni aku reka sendiri....cuti-cuti malaysia..tak der keja..aku reka la kad ucapan ni....kad spesel ni aku nak hadiahkan pada semua pengunjung blog aku...terutama yang jadi kawan aku...

جميع البطاقات الخاصة بهم وتصميم.... ني cuti - cuti ماليزيا.. تاك دير keja.. أنا تصميم بطاقات المعايدة لا ني ني.... جامعة الآغاخان ناك hadiahkan spesel البطاقة على جميع بلوق زائر... خصوصا أنني صديق لذلك أنا ...

所有的牌我设计他们自己的....镍啼,啼马来西亚..德报keja ..我设计的迎接游客博客卡拉尼娜....倪阿库纳卡spesel hadiahkan ...特别是我的朋友,所以我...

cik Tom pasang pukat,jom layan kad....

Ikhlas dari :-

Khamis, 24 Disember 2009

Sajak spesel buat sahabat. ( Sajak كان صديقا خاصا.)

Unggu Warna.



sajak ni aku nukilkan khas buat sahabat spesel aku....jika kau membaca sajak ni...anggap ni hadiah istimewa buat mu....aku cukup mengingati dan menghargai persahabatan kita....waaa...cam jiwang lak aku...apapun kita layan jer sajak ni...

Ikhlas dari :-

Khamis, 17 Disember 2009

Video Lagu Patriotik. ( أغاني وطنية )

Lagu Jalur gemilang dengan seni kata.
video

31 ogos 1957 dengan seni kata.
video

Kali ni aku masukkan cerita aku tentang lagu pariotik. video ni hasil kreativiti aku. dok saja aku reka la buat video.telah diguna di majlis kat sekolah aku.jom layan lagu patriotik....

Ikhlas dari :-

Rabu, 16 Disember 2009

Teknik Pengajaran Bahasa Melayu

video

Pada keluaran kali ni aku nak bincang sikit tentang teknik dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah rendah. Video kat atas tu aku aplikasikan dengan Teknik Mengalami-menghayati. Sebabnya, nengok video tu murid kena menghayati untuk memahami cerita. Pastu cikgu nak bincang tentang cerita yang ditonton..... Ini adalah salah satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. kat bawah ni penerangan tentang teknik.....


DEFINISI
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti
( الاسلوب هو أداة يستخدمها المعلمين لايصال مواد تدريس اللغة التي تم اختيارها للطالب والطالب. وينبغي اختيار تقنيات وفقا للأساليب المستخدمة والخطوة مع نهج dianuti )

TUJUAN TEKNIK
1.Menarik Minat murid
2.Mengekalkan perhatian
3.Membangkitkan rasa ingin tahu

TEKNIK MENGALAMI-MENGHAYATI
•Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana mengalamai dan menghayati cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
•Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
•Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.
•Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
•Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Supaya penghayatan lebih memberikan kesan.
•Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
•Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
•Guru boleh menggunakan bahan audio-video, objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar.

Ikhlas dari :-

Selasa, 15 Disember 2009

Bahan Bantu Mengajar

Video Bahan mengajar Bahasa Melayu.

video

Kali ni aku nak post tentang Bahan Bantu Mengajar yang aku edit sendiri. Bahan ni dah aku guna dan ternyata berjaya. Bahan-bahan macam ni la yang boleh menarik minat murid.... Kalau setakat baca buku teks..apa barang bro...sapa pun boleh ngajaq...kena la kreatif sikit...tambah sekarang ni kat sekolah dah dilengkapi ngan LCD dan laptop free...guna semaksima mungkin...lebih dari ”Impak Maksima”....
Bahan-bahan bantu ngajaq aku banyak aku letak kat sini....(klik sini). nak donlod bahan ngajaq power point semua ada kat site tu...

Ikhlas dari :-

Isnin, 14 Disember 2009

Kajian Bahasa Pertuturan Kanak-kanak.

Perkembangan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak.

video

Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara
yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud
penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun.

Ujaran-ujaran singkatan atau ayat minimal ini merupakan strategi yang digunakan oleh Fikri untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan saya. Subjek kajian sering menggunakan pengalaman hidupnya atau perkara yang berlaku dipersekitarannya untuk memberi nama, menyatakan tujuan dan maksud atau jawapan bagi memenuhi pertanyaan.

Ujaran ayat minimal yang kerap dilakukan oleh Fikri memang selaras dengan konsep bahawa kanak-kanak masih kurang mampu menggunakan ayat yang panjang ataupun ayat yang lengkap. Kajian penggunaan perkataan singkatan atau tidak lengkap sebagai satu perkataan. Kajian ini cuba menyenaraikan beberapa perkataan yang diucap secara tidak lengkap untuk melihat penggunaan bahasa pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun.

Ikhlas dari :-

Koleksi Video kelas aku

Video Kelas aku

video

Salam sejahtera…
Kali ni aku nak post tentang koleksi video kelas aku. Video ni aku edit tahun 2008 lagi...Kira cam siaran tertunda la ni...Yang ni semua anak murid aku. Saja nak bagi tengok cam mana gelagat bebudak kalau berdepan kamera. Best kan....aksi pis dah jadi aksi wajib tu....hampa semua la aset aku....caya la..
Kepada sesiapa pengunjung blog yang nengok video ni...komen la sikit...ala komen cam rancangan realiti TV tu...

Ikhlas dari :-

Ahad, 13 Disember 2009

cerita sadis aku...

cerita-ceriti....termenung atas titi...



Tengok logo kat atas tu semua org tau kan…..tapi aku bila nengok logo tu jadi sadis jer..apa taknya…..dulu aku ada akuan lam you tube….banyak dah aku upload video yg aku edit sendiri…aku aktif lam site tu….tah macam mana jadik malang….akuan aku kena sekat..tak tau la sebab apa…aku frust…dan aku belajaq buat blog…ni aku dok bertaktih dalam dunia blog….aku nak abadikan semua hasilan aku kat blog ni la pulak….harap tak jadik cam kat you tube tu…

Aku paham…site free ni memang cam tu la…menda free la katakan..…biasa la….kini aku nak aktif lam blog…..tapi hati aku ada lagi kat site you tube…akan aku bukak lagi akuan baru lam you tube…tungguuuuuuuu…

Kalut turun laut..malu dok ulu..segan dok bagan…sombong dok lombong…

Sabtu, 12 Disember 2009

Cerita Pukat Hanyut

video

Citer bab pukat hanyut

Kali ni aku nak citer tentang pukat hanyut. Ni semua berdasarkan pengalaman aku keja nelayan dan keja tradisi keluarga aku. Video kat atas tu ada la serba sedikit citer tentang pukat hanyut.

Pukat hanyut ni dihanyutkan pada waktu aliran air sungai bergerak. Pukat dilabuhkan merintang sungai. Waktu ni ikan akan mencari makanan sebab banyak mangsa yg turut sama dalam aliran sungai tu. Dan time ni la ikan akan terperangkap lam pukat..yang kena alamat dok lam sampan aku la..

Antara jenis-jenis ikan sungai air masin yang selalu kena ialah ikan pedukang, ikan bulan, pak mertua bulan, ikan loban, ikan senangin...ketegori ikan paling baik ialah ikan senangin dan ikan loban....paling malang dapat ikan pedukang madu..hehehe..tapi bikin kari sedap jugak beb..

Jumaat, 11 Disember 2009

Keluaran Khas



Kalendar 2010 Spesel.
Ni hasil keja aku. dok saja aku buat la kalendar aku sendiri. kalendar ni aku hadiahkan kepada sesiapa saja terutama kengkawan blog aku dan semua pengunjung blog ni.

Aspalela Versi semput

video

Catatan Santai

Kali ni aku nak buat catatan santai ala-ala relex gitu. yer la kan cuti sekolah. tak nak beban minda. keluaran kali ni aku post lagu aspalela versi semput. ni anak murid aku paling spoting. pasal nyanyi dia paling minat. ala..... dulu kan gempaq nagan lagu aspalela nyanyian apek. kat sekolah aku lagu ni dok carta paling popular. ni aku rakam dalam tahun 2008. apa-apapun kita layan jer klip video ni. moga terhibur.

Rabu, 9 Disember 2009

Ikan Belacak

Gambar Ikan Belacak



Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai ikan Belodok, atau ikan Tembakul merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.

Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika.Genus Periophthalmus merupakan ikan belacak yang paling pelbagai dan tersebar luas dalam keluarga belacak. Tujuh belas spesies telah diterangkan.Periophthalmus argentilineatus merupakan spesies yang paling meluas dan paling diketahui dengan baik. Ia terdapat di sistem ekologi paya bakau. Ikan belacak juga digunakan sebagai umpan merawai kepada nelayan untuk mendapatkan ikan pari.

Selasa, 8 Disember 2009

Nak Buat Kari Udang

Bahan-bahannya


Udang besaq yang dibersihkan janggutnya


Daun kari, bawang kecik, bawang putih untuk tumisan


Kelapa diparut dan ambil santannya..lagi pekat lagi kaw..



Bahan-bahan kat atas ni akan digiling...


Dah lumat bahan-bahan digiling..kena pandai skil mengiling ni..


Dah siap kari udang rempah giling...fuhhh memang sedap..selamat mencuba..

Dari dapur pak long

Isnin, 7 Disember 2009

Histeria

video

Tentang Histeria.

Histeria lebih ketara berlaku apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik; pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya menyebabkan histeria

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.

Kaedah terjadinya histeria ialah jin-jin akan memasuki tubuh manusia di sekitar tempat kejadian dan tubuh yang lemah semangatnya akan dikuasai rohnya sehinggakan orang terbabit berada dialam ghaib dan melihat alam ghaib tersebut. Ketika terjadinya histeria ini, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung apa yang terjadi di sekitar mereka (alam nyata) dan kegiatan yang dilakukan oleh mangsa histeria tersebut adalah dilakukan sepenuhnya oleh jin yang menguasai mereka. Mereka akan menjerit, berlari , menangis, berbual dengan bahasa aneh atau bahasa lain sesuka hati.

Catatan : paklong 11.00mlm/09

Ahad, 6 Disember 2009

Masyarakat Banjar di Daerah Kerian.

video

Surahan Banjar.

Orang Banjar ni amun handak diceritakan asalnyak sebahagian basarnya dari Kalimantan Selatan kacuali di Kabupatin Kota Baru. Semuaan besurah dalam bahasa banjar. Pada dasarnya Bahasa Malayok. Ngaran Banjar diambil dari Kesultanan Banjarmasin atau dihandapkan jadi Bahasa Banjar. Sesuai ngaran ibukota dahulunyak.
Daerah Kerian bujuran utara negeri Perak yang negerik niginik bersempadan awan negeri Pulau Pinang (sampadan daerah Sabarang Perai Selatan) awan Kadah daerah Bandar Baru. Ditimurnya pulang bersampadan awan daerah Larut, Matang awan Selama awan di barat nyak selat Malakak.

Daerah ini mashor jadi tampatan ganaan urang banjar. Urang banjar badiam di bagan sarai, Gunung semanggol, Kuala Kurau Tanjung Piandang awan Alor pongsok yang banyak banar amalan hidup.

Dari segi agamak, urang banjar ni semuaannya agama ISLAM. Semuaan urang alim yang mashor di nusantara banyaknyak dari urang banjar.

Terjemahan ke Bahasa Melayu

Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.

Catatan oleh : angahamut 2005.

Sejarah Pertempatan Awal di Kuala Selinsing

video

Penerangan tentang video.

Kajian para sejarah telah menemui petempatan awal masyarakat Melayu di kuala Selinsing. Perjalanan 40 minit dari pengkalan Sungai Baru Selinsing akan membawa kita ke Kuala Selinsing. Kebanyakkannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut. Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan Ekonomi sara diri.

Video ini menunjukkan keadaan sebenar lokasi tersebut. Saya telah pergi sendiri menyusuri tempat bersejarah itu. Memang benar terdapat pengkaji sejarah yang datang untuk membuat kajian akreologi. Telah diceritakan banyak penemuan yang boleh dijadikan bukti bahawa Kuala Selinsing merupakan satu pertempatan.

Keadaan tempat yang cukup strategik dengan kedudukan yang terlindung. Menyusuri alur sungai kecil ini mengambarkan bahawa tempat ini sesuai dijadikan pertempatan. Apa yang menjadi tanda tanya ialah dengan terdapatnya pokok buluh dan pokok "Birah" sedangkan kawasan tersebut dikelilingi oleh air masin. Pokok ini sebenarnya hanya tumbuh dikawasan tanah lembah air tawar.

Kini tempat ini dijaga oleh Jabatan Hutan Larut Matang. Usaha menjaga kawasan pra sejarah oleh Jabatan Hutan ini patut dipuji. Pihak mereka telah membina kawasan untuk berehat dan jeti untuk mendarat. Saya sendiri telah pergi dan melawat tempat tersebut. Kalau malam agak menyeramkan maklum la kawasan hutan yang penuh misteri.

kajian oleh : pak long 2007

Jumaat, 4 Disember 2009

Belajar Bahasa Banjar

video

Belajar bahasa banjar ni tak la susah sangat. Dalam keluaran kali ni pak long nak ajar beberapa perkataan dalam bahasa banjar dan ertinya dalam bahasa melayu. Tonton video ni dan belajar secara mudah dan santai. Kamus bentuk video ini akan menyusul lagi pada keluaran akan datang. Tungguuuuuuuuu.......

Sajak Banjar

video

Terjemahan dalam Bahasa Melayu.


Pernahkah saudara bertanya,
Bagaimana datuk-nenek kita boleh mengajar,
anak-anaknya bercakap banjar,
paham dan boleh bercakap dengan lancar,

Tahukah saudara,
sekarang ini kalau bertanya tidak dihiraukan,
Kenapa jadi demikian,
Itulah tandanya anak banjar,
tidak fasih bercakap banjar,

Ibu dan ayah
boleh lagi bercakap banjar,
anak-anak bercakap melayu,
Faham,
tapi tidak tahu hendak menuturkan,

Kalau beginilah saudaraku,
Marilah kita bercakap dengan anak-anak kita,
ajarilah apa yang bahasa banjar kata,
biar faham, pemalas,
besar dan kecil,
cantik dan hitam,
biar bahasa datuk-nenek,
tidak hilang ditelan masa.

Nukilan rasa : angahamut- Jun 2007

Pantun Banjar

video

Terjemahan ke Bahasa Melayu.

Mari dengarkan pakngah hendak berpantun.

selepas makan bisan sendawa,
perut memulas terasa sakit,
tidak merajuk orang sebelah,
ilmu memujuk didalam poket.

pasang perangkap dengan panglima,
perangkap dibeli dinegeri Perak,
tempat bercakap banjar sedunia,
adik-beradik jauh terasa dekat.

rama-rama terbang hinggap didahan,
cantik sayapnya, jangan ditangkap,
abang sulung suka bergurau,
semua adik-beradik pakat tersenyum.

Orang bujang bekerja siang,
Orang kawin bekerja siang-malam,

Orang bujang belaga ayam,
Orang kawin berlaga malam.

Orang bujang tidur seorang diri,
Orang kawin tidur berdekatan.

Nukilan rasa : angahamut- mei 2001

Pertumbuhan Penduduk




Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi.


Pertumbuhan penduduk dapat didifinisikan sebagai perkembangan manusia yang mendiami dunia ini. Pertumbuhan penduduk akan selalu dikaitkan dengan tingkat kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk atau migrasi. Pertumbuhan penduduk adalah peningkatan atau penurunan jumlah penduduk suatu daerah dari masa ke masa. Kadar pertumbuhan penduduk di antara negara-negara tidak sama. Ada negara mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi dan ada pula yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia di mana proses peralihan ini berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat mambangun. Salah satu sebab utama yang mempengaruhi pertumbuhan negara Malaysia adalah faktor penduduk yang mengalami proses pertumbuhan dinamik setiap tahun. Pada tahun 1990 misalnya, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 17.8 juta orang. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk antaranya dari segi biologi, ekonomi dan teknologi.

Faktor biologi juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan penduduk. Ini berkaitan dengan kemajuan dari segi pencapaian kemajuan teknologi kajian kesihatan sesebuah negara. Ini dibukti dengan dasar kependudukan Malaysia yang menumpukan bidang kemajuan kesihatan kepada pertumbuhan penduduk. Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984-1989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah. Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara. Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Justeru itu, faktor biologi memang mempengaruhi pertumbuhan penduduk.

Keadaan sistem biologi dalam tubuh manusia mempengaruhi perkembangan pertumbuhan penduduk . Ia dikatakan perubahan fizikal dan mental disebabkan rembesan hormon umpamanya boleh mendorong dan mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki. Kemajuan bidang kesihatan dengan kajian kesuburan kepada kaum wanita juga memberikan kesan pertumbuhan penduduk. Melalui pengujian kesuburan genitik serta pemakanan pil-pil hormon akan meransang kepada kadar kelahiran yang tinggi. Ini dapat dibukti dengan kajian terhadap pengunaan ubat seperti ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. Jelasnya kajian genitik pada tahap kesuburan memberikan impak besar pertumbuhan penduduk.
Kesan ekonomi juga tidak kurang pentingnya dalam membantu perkembangan pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh. Mempunyai anak yang ramai akan menyediakan tenaga kerja dalam bidang seperti pertanian. Penduduk yang ramai akan membantu penjimatan kos tenaga buruh. Oleh yang demikian, para petani memerlukan anak yang ramai untuk membantu kerja dalam bidang pertanian. Ini dapat dibuktikan dengan pertumbuhan kepadatan yang tinggi dikawasan pertania di Jawa Tengah, Kuala Sungai Mekong yang penduduk padat akibat kawasan ini kawasan subur dan penting memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk mengusahakan kawasan pertanian.

Kekukuhan ekonomi menjamin kesejahteraan kehidupan. Berdasarkan pendapat ini, pertumbuhan penduduk kepada sesebuah keluarga akan berkembang dengan pesat. Konsep keupayaan menanggung kos sara hidup keluarga dengan bersandarkan bahawa rezeki anak-anak akan ada jika berusaha. Konsep ketawqaan dalam Islam menjamin bahawa kekukuhan ekonomi akan menjamin kesejahteraan kahidupan. Dalam pertambahan penduduk yang pesat, agama Islam menyarankan golongan yang kukuh ekonominya akan membantu golongan yang kurang pendapatan melalui sistem ekonomi Islam menerusi pemberian zakat yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Kesan dari konsep ini akan membantu perkembangan pertumbuhan penduduk.

Peningkatan kemajuan teknologi juga menyumbangkan kepada pertumbuhan perkembangan penduduk. Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Oleh itu, jangka-hayat manusia dapat dipanjangkan dan kadar kematian dapat dikurangkan. Ini juga faktor menyumbang kepada pertumbuhan perkembangan penduduk.

Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi telah berjaya menemui beberapa kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah berkenaan. Sekarang, anda perlu menjalankan untuk mengetahui sumbangan teknologi berkaltan pembiakan bagi menjamin kesejahteraan manusia. Teknologi yang boleh diaplikasikan sekiranya suami isteri menghadapi masalah mendapatkan anak sendiri. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan, iaitu permanian beradas, persenyawaan in vitro, pemindahan intrafallopion, pemindahan embriodan ibu tumpang. Permanianberadas melibatkan proses memasukkan sperma suami ke dalam uterus isteri dengan menggunakan alat tertentu, bukannya secara perhubungan seks. Dalam kes tertentu, sperma ini diderma oleh seseorang yang identitinya dirahsiakan. Sperma daripada penderma ini disimpan dalam bank sperma sebelum digunakan. Kaedah ini meningkatkan kebarangkalian ovum disenyawakan oleh sperma. Kemajuan teknologi permanian berhadas ini memboleh pertumbuhan perkembangan penduduk meningkat.

Kajian demi kajian dalam soal kesuburan dan penggunaan teknologi, kini telah dijumpai kaedah tersebut.. Kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi Penghamilan adalah rawatan ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat. Sejak diperkenalkan pada 1979 sehingga tahun lalu, 20,000 pasangan mendapatkan rawatan kesuburan itu melalui kaedah seperti Permanian Dalam Rahim (IUI), Pindahan Gamet Dalam Fallopio (GIFT), Persenyawaan In Vitro (IVF) dan Induksi Ovulasi (ICSI). Ketua Pengarah LPPKN, Aminah Abdul Rahman, berkata seramai 2,623 bayi dilahirkan melalui khidmat ini sejak ia diperkenalkan. Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita. Terbukti dengan jelas, kemajuan teknologi moden membantu perkembangan pertumbuhan penduduk
Sebagai kesimpulannya, faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi jelas mempengaruhi perkembangan pertumbuhan penduduk. Kesan posotif faktor yang dinyatakan merupakan impak utama serta batu loncatan untuk memperkembangan kadar kelahiran serta pertumbuhan penduduk semakin meningkat.


2. Huraikan EMPAT kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang membangun. Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda.
Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan penduduk yang amat sensitif terhadap perkembangan sosio-ekonmi sesesuatu kawasan. Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian. Migrasi juga memberikan kesan yang positif kepada sesuatu kawasan atau tempat.

Kesan positif migrasi yang pertama dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Malaysia sejak mencapai kemerdekaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Pertama hingga Sembilan. Melalui plan pembangunan tersebut telah berjaya meletakkan negara ini sebagai sebuah negara membangun yang paling berjaya dalam pembangunan sosio-ekonominya. Selain daripada kekayaan sumber alammnya, sektor-sektor perindustrian, pembinaan dan perladangan semakin berkembang maju. Kesan daripada perkembangan ketiga-tiga sektor sektor ini semakin banyak pekerja yang diperlukan sehingga timbullah masalah kekurangan tenaga buruh dan oleh itu ramai perkeja asing diperlukan bagi memastikan perkembangan sektor-sektor yang berkenaan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja. Pada tahun 2005 terdapat kira-kira 200 juta migran antarabangsa dan 49.9 juta daripadanya adalah tinggal di Asia (United Nations 2005). Mengikut laporan terbaru jumlah pekerja asing sebanyak 1.91 juta tidak termasuk 400,000 pendatang tanpa izin.

Migrasi juga memberikan kesan positif kepada perkembangan kemudahan eksesibiliti dan sistem jaringan pengangkutan yang baik. Kewujudan pertambahan migrasi ini memberikan kesan pembangunan jaringan pengangkutan dibuat sebaik mungkin. Lambakan tenaga yang ramai memberikan sesebuah kawasan itu dibangunkan kemudahan rangkaian pegangkutan untuk tujuan perhubungan serta keupayaan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Ini jelas dapat dilihat dengan perkembangan jaringan jalan raya di kawasan Kuala Lumpur. Kewujudan beberapa lebuh raya diantaranya Lebuh raya KESAS, Lebuh raya Damasara-Puchong dan jaringan LRT berkembang dengan begitu pesat. Kepesatan perkembangan jaringan perhubungan ini adalah disebabkan kawasan Kuala Lumpur merupakan kawasan tumpuan migrasi dalaman dan luaran. Keadaan serupa dapat diperhatikan di Malaysia. Kedatangan orang Cina dan India sejak sebelum merdeka telah memajukan perusahaan perlombongan dan pertanian dagang di negara ini seterusnya menggalakkan pembangunan dari segi infrastruktur. Petempatan moden dibuka dan dimajukan. Proses pembandaran berlaku dengan pesat. Akibatnya, keadaan ekonomi dan sosial penduduk bertambah baik secara tidak langsung. Sehingga hari ini pun, kemasukan buruh asing untuk bekerja di sektor-sektor yang kurang pekerja telah membantu memajukan ekonomi negara.

Melihat kepada migrasi dalaman Malaysia, kesan positif yang dirasakan ialah perkembangan sektor pembangunan perumahan dan pertempatan baru. Disamping itu, wujud juga pusat perdagangan baru dikawasan tumpuan migrasi. Kebanyakkan kawasan ibu negeri di Malaysia begitu pesat membangunkan kawasan pertempatan baru. Tumpuan migrasi akan menyebabkan permintaan kawasan kediaman begitu tinggi. Ini dapat dilihat pada jadual 12.4 di bawah.

Migrasi golongan pekerja profesional menguntungkan negara yang dituju kerana negara tersebut tidak perlu menghabiskan wang untuk melatih gologan ini. Bagi Singapura pula, mereka mengeksport tenaga kerja mahir dan professional sebagai pelaburan teknikal ke negara-negara maju dan sedang membangun. Mereka boleh ditemui di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Malaysia, Afrika Selatan dan beberapa Negara Eropah. Jika kita lihat di kawasan industri Gebeng, Kuantan, terdapat ratusan atau mungkin ribuan ekspatriat yang bertugas di kilang-kilang berjenama besar. Biasanya mereka ini dibayar dengan nilai dolar Amerika, dan bayangkanlah kuasa beli yang mereka miliki. Selain itu, mereka juga menyumbangkan ilmu serta kepakaran dalam pembangunan negara ini, setidak-tidaknya selagi mereka berada di Malaysia sebelum kembali negara asal.
.
Dari aspek ekonomi, kesan positif dapat dilihat melalui langkah kerajaan telah mengambil pendekatan pengurangan bajet, dalam mengawal kenaikan gaji buruh dan inflasi dan ini merupakan aspek utama dalam menuju kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi. Melalui kaedah ini, kerajaan dapat mengurangkan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing ini, kerana mereka tidak terlalu meminta-minta gaji yang lebih dan tidak menghiraukan sangat tentang pendapatan yang mereka perolehi, asalkan duit yang mereka terima itu mampu untuk menyara keluarga di negara mereka dan sebagainya. Secara tidak langsung para majikan akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan kerana mereka tidak perlu lagi menawarkan kos untuk kemudahan sosial seperti tabung kebajikan pekerja, faedah perubatan dan faedah-faedah lain kepada buruh asing ini. Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

Bukan itu sahaja, migrasi pekerja asing yang menawarkan kos buruh yang murah memberikan sektor pembuatan negara terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri kita mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain. Keadaan ini secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan pesat eksport negara. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa dengan migrasi memberikan kesan posotif untuk mempertingkatkan kemajuan perkembangan ekonomi negara.

Kesimpulan dapat dirumuskan bahawa migrasi memberikan impak besar kepada sektor perkembangan ekonomi, sisoal dan budaya setempat. Kesan ini jugak meningkatkan kemajuan pertumbuhan kemajuan negara Malaysia untuk menjamin kejayaan ke arah negara maju dan moden.


3. Bincangkan cabaran-cabaran kepada negara Malaysia dari segi menyediakan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor perkilangannya.
Industri perkilangan, merupakan sebahagian penyuntik utama dalam penjanaan indeks ekonomi bagi sesebuah negara. Pertumbuhan pesat industri ini boleh menjadi indikasi terhadap status kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Justeru itu, semestinyalah industri ini menjadi pemangkin dan katalis yang akan mencorakkan arus perdana pembangunan bagi sesebuah negara. Bagi memastikan arah tuju perlaksanaan berada di landasan yang betul perhatian yang serius dari segi pengurusan, tenaga kerja, pengiktirafan, latihan, khidmat nasihat, kualiti kerja, penyelidikan, penyeragaman teknik serta promosi perlu dipertingkat dari masa ke semasa. Sumbangan sektor perkilangan kepada hasil keluaran negeri telah meningkat dengan banyak iaitu daripada 9% keluaran kasar negeri pada tahun 1990 kepada 15% pada tahun 1997. Walau bagaimanapun sektor perkilangan negeri masih di tahap awal, di mana proses perkilangan dikuasai oleh pemprosesan sumber semulajadi. Bilangan besar bagi keluaran pengilangan adalah termasuk balak yang dipotong, veneer, papan lapis, wooden mauldings, uncoated printings and writing paper, processed palm oil, methanol and Hot Briquetted Iron. Keluaran lain, seperti perabot dan barangan elektrik juga dihasilkan tetapi dalam kuantiti yang kecil. Sektor perkilangan negeri merangkumi industri besar, kecil dan sederhana.

Namun demikian terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi untuk menyediakan peluang pekerjaan. Bidang atau jurusan yang dipelajari dengan kemahuan pasaran industri selalunya tidak sesuai. Kebanyakan bidang kemahiran perkilangan yang terdapat sekarang ini memerlukan pengalaman yang tinggi berbanding dengan teori yang dipelajari. Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rekabentuk Produk) di PPK Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertujuan untuk melatih pelajar dalam bidang kejuruteraan rekabentuk melalui penjanaan dan penyebaran teknik-teknik berinovasi dalam pengajaran dan penyelidikan. Perjalanan kursus telah dirangka ke arah melahirkan jurutera yang berpengetahuan dan mahir dalam mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari. Cabaran ini dirasakan begitu mencabar bagi mengimbangi keupayaan tersebut.

Kos penyediaan tapak untuk membina kawasan perkilangan juga memberikan cabaran kepada kerajaan. Pembinaan sesebuah kilang menanggung kos yang tinggi. Pengusaha kilang sedar kepentingan menyediakan pekerjaan untuk tenaga kerja setempat tetapi kos pembinaan yang telalu tinggi menyebabkan terbantutnya usaha ini. Ini merupakan perkara asas dalam menyediakan pekerjaan di sektor perkilangan. Sebagai contohnya, Sabah belum ada lagi kilang oleo-kimia. Kilang-kilang oleo-kimia semuanya terletak di Semenanjung Malaysia. Kos memindahkan teknologi oleo-kimia memerlukan perancangan yang teliti dan kos yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa cabaran yang kritikal dihadapai oleh kerajaan Malaysia.

Masalah kegawatan ekonomi global juga dirasakan oleh pengusaha kilang dalam menyediakan pekerjaan. Kegawatan ini menyebabkan banyak kilang memberhentikan opersi mereka atau mengurangkan kos tenaga pekerja. Cabaran global sebegini menyebabkan sektor perkilangan bertindak memberhentikan ramai pekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, seramai 45,000 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara terpaksa 'diberhentikan' sementara kerana kebanyakan kilang menutup operasi sehingga tiga minggu bagi mengurangkan kos akibat krisis ekonomi global. Ini menunjukkan bahawa cabaran untuk menyediakan pekerjaan di sektor perkilangan menghadapi masalah ekoran kegawatan ekonomi global. Jelas kegawatan ekonomi memberikan tamparan hebat terhadap penyediaan pekerjaan di sektor perkilangan.

Keupayaan menyediakan kemampuan tenaga kerja yang bermutu juga merupakan cabaran yang cukup kental dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Pembinaan kilang yang tinggi kualitinya memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti. Oleh yang demikian, pengusaha lebih menumpukan kos penggunaan tenaga robot untuk menyelesaikan masalah ini. Dilihat dari satu sudut ia memberkan kebaikan kepada perkembangan hasilan kilang tetapi dari segi menyediakan tenaga kerja memberikan cabaran yang terlalu kritikal.

Perubahan dalam komposisi industri boleh membawa. kepada peningkatan ketidakseimbangan agihan pendapatan buruh. Di Amerika Syarikat misalnya kesan daripada perubahan komposisi indusitri adalah kehilangan banyak pekerjaan dalam sektor pembuatan, dan akibatnya agihan
pendapatan menjadi lebih tidak seimbang (Bernard & Jansen, 1998). Di Malaysia, perubahan komposisi industri membawa kepada perubahankomposisi kemahiran kesan daripada peningkatan permintaan kepada buruh mahir bagi mengoperasikan teknologi moden. Pertambahan
permintaan buruh mahir ini akan menolak upah ke atas dan lebih memanfaatkan buruh mahir tersebut (Katz & Murphy, 1992; Levy & Murnane, 1992; Rahmah, 2000). Sebenarnya proses perindustrian merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan agihan pendapatan di Malaysia menjadi lebih tidak seimbang selepas tahun 1990. Imbangan pendapatan juga merupakan cabaran yang dihadapi kepada penyediaan peluang pekerjaan di sektor perkilangan. Imbangan pendapatan ini memberikan kesan kepada sesuatu perkembangan perkilangan di Malaysia.

Sebagai kesimpulannnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan. Keupayan ini menyebabkan pelbagai kajian dilakukan untuk menjamin pekerjaan penduduk setempat dalam sektor perkilangan. Usaha yang giat juga telah dilakukan oleh kerajaan.


4. Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda.


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Dari pernyataan di atas, sebagai warga yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar perlu sensitif dan perihatin dengan alam sekitar kita. Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.Banyak perkara dapat kita sumbangkan untuk membantu memalihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal kita.

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca. Oleh itu, barang-barang ini selalu terdapat di sekeliling saya. Sebagai seorang yang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar, saya perlu mengumpul benda-benda ini dalam tempat yang khas di rumah. Saya juga akan mendidik anak-anak supaya tahu tentang kitar semula.Kesemua benda ini akan mendatangkan sedikit wang dengan menjual kepada pembeli barang terpakai atau lusuh. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kebersihan alam sekitar dan memberikan pulangan yang berbaloi.

Sebagai seorang guru, saya sememangnya boleh memainkan peranan dalam usaha memulihara alam sekitar. Banyak perkara yang boleh saya rancang sebagai menyahut usaha memulihara alam sekitar. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan mengadakan kempen memulihara alam sekitar peringkat sekolah. Program kempen ini akan dipenuhi dengan ceramah dari golongan yang pakar dalam bidang memulihara alam sekitar. Kempen ini juga akan menganjurkan perkhemahan yang memberikan tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Perkhemahan itu memberikan peluang kepada para peserta mendekati alam semula jadi serta mengenal pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Semua aktiviti lasak dijalankan di kawasan yang menjadi habitat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan, termasuk hidupan yang mungkin tidak pernah dilihat oleh peserta. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memperhatikan dan mengenal spesies burung, meredah hutan belantara, kajian dan ekplorasi paya bakau, kajian ekosistem hutan, meredah sungai dan tanah tinggi.

Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya. Melalui persatuan atau pertubuhan agama juga dapat dilaksanakan. Sebagai seorang ahli jawatankuasa masjid, saya boleh memainkan peranan menyedarkan masyarakat setempat dengan mengatur kuliah-kuliah ilmu bulanan dalam aktiviti ilmu di masjid tempat saya tinggal. Penghayatan ilmu agama yang mendalam tentang kepentingan memulihara alam sekitar dirasakan dapat mendidik jiwa masyarakat kerana ia melibatkan aqidah tentang doa dan pahala.

Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, saya perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota keluarga saya perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya. Langkah yang perlu saya ambil ialah membuang sampah di tempat yang sesuai.

Menanamkan sifat kasih sayang kepada benda hidup di alam ini merupakan satu ajaran yang terdapat dalam Agama Islam. Islam menuntut kita agar bertanggungjawab dalam menjaga dan memulihara alam sekitar kerana ia merupakan anugerah Allah yang amat bernilai. Saya juga akan berusaha menyediakan info ilmiah ini dalam menyediakan teks khutbah Jumaat. Dalam Agama Islam, setiap hari Jumaat umat Islam wajib menunaikan solat Jumaat. Dirasakan dengan membacakan khutbah dan peringatan mengenai memulihara alam sekitar boleh menyedarkan masyarakat di tempat saya.

Sebagai pengguna saya sememangnya selalu pergi membeli-belah barangan harian. Sebagai memainkan peranan untuk memulihara alam sekitar saya akan memastikan menggunakan beg mesra alam .Pemilihan pusat membeli-belah yang menggunakan beg plastik mesra alam telah wujud. Ini dapat kita perolehi dengan membeli-belah di pusat membeli-belah Tesco. Pusat membeli-belah ini mengeluarkan beg plastik yang mudah reput. Ini merupakan satu langkah bagi saya mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah dan seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak pelupusan. Gunakanlah beg ini ketika keluar membeli barangan keperluan harian dan budayakan amalan kitar semula. Satu buku kecil Amalan Mesra Alam atau Environmental Friendly Practices. Contoh lain yang dapat kita praktikan dengan mengambil contoh Negeri Pulau Pinang dimana pusat beli-belah menetapkan hari Isnin merupakan hari tanpa plastik. In juga boleh juga saya amalkan dalam kehidupan seharian bagi memainkan peranan ke arah memulihara alam sekitar.

Kesimpulannya, semua usaha yang saya huraikan adalah releven untuk usaha memulihara alam sekitar. Jati diri yang kuat juga mampu menjadi pemangkin menjayakan usaha murni ini.

asimen kajian sosial OUM 2009 oleh Pak long.

Seni - Membentuk dan Membuat Binaan





Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan, wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata, orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan. Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa mengikutajaranOgasawara.

Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun, yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama dalam dalam upacara adat keugamaan Shinto yang tetap dipertahankan.
Dalam tradisi shinto, kertas segi empat dipotong dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata dan digantung di Kotai Jingu (Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan. Pada upacara perkawinan Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan (o-cho) dan rama rama betina (me-cho) menggunakan asas bom air “water bom”, membalut botol sake (arak beras) sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan. Selain itu Origami juga digunakan untuk upacara keagamaan yang lain. Pada mulaannya Origami hanya diajarkan secara lisan. Panduan tertulis membuat origami dikesan terdapat dalam buku Senbazuru Orikata (Bagaimana Melipat Seribu Burung Jenjang/Orizuru) pada1797. Ketika itu origami masih dikenali sebagai orikata. Buku ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya sebagai Senbazuru Orikata.
Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150 contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami (kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau ikan.

Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704), corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852). Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun.
Origami Di barat
Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka.
Origami Di Sepanyol dan Argentina
Dua orang Sepanyol yang diakui mengembangkan papiroflexia sebagai kebudayaan Sepanyol adalah Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cerceda, yang berasal daripada Buenos Aires, Argentina. Migue Unamano merupakan ahli falsafah Sepanyol dan juga Rector Universiti Salamanca. Dia meninggal pada 31 December 1936 pada permulaan Peperangan Saudara Sepanyol. Beliau yang mempopularkan asas burung dan pusingan sisi (sideways turn) dan telah menghasilkan satu penulisan lucu pendek mengenai pajarita (burung kecil) pada 1902. Unamuno mempunyai ramai peminat di Sepanyol dan Argentina.
Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak. Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas (Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat pelbagai bentuk.)
Origami Moden
Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong.
Pameran Origaminya pada 1960an mempopularkan Origami di barat. Akira Yoshizawa bersama Sam Randlett kemudiannya telah mengasaskan sistem garisan dan anak panah yang digunakan sebagai arahan tentang cara melipat Origami yang boleh difahami oleh semua orang tanpa mengira bahasa. Akira Yoshizawa telah dianggap warisan hidup Jepun telahpun berusia 83 pada tahun 1999. Akira Yoshizawa sendiri telah menghasilkan hampir 50,000 bentuk dan dia menekankan kepada ketelitian dan ketepatan dalam bentuk untuk objek origami.
Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian origami juga berkembang pesat.

Topeng.
Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka, walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan kepala si pemakai.
Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000 tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis. Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat.


Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng.

Pengaruh topeng seterusnya juga mempengaruhi pergerakan seni visual tempatan. Pelukis generasi pertama dan muda tanah air seperti Abdul Latif Mohidin, Lee Kian Seng, Awang Damit, Yusof Ghani, Wong Cheong, Azizan Paiman dan Rosli Zakaria tidak ketinggalan dipengaruhi unsur topeng dalam karya-karya mereka. Yusof Ghani, seniman prolifik Malaysia mengambil ilham dari topeng pribumi Sabah dan Sarawak bagi menghasilkan karya beliau “Siri Topeng”. Latif Mohidin pula tidak ketinggalan menghasilkan karya “Siri Langkawi” yang dipadankan dari topeng tradisional.

Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai. Keseluruhan bahan ini mudah diperolehi dipasaran dan bahan-bahan yang berada di persekitaran kita. Oleh yang demikian, kita mudah untuk menghasilkan diorama.

Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.
Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...